Powered By Blogger

Tuesday, May 31, 2011

from medical to computer science.....


yeee.......MEDICAL TO SCN COMPUTER....mmg waniedz love sgt kat medical...waniedz nak kat depan name waniedz ade tittle DR..hmm tapi apekan daya..Allah yg menentukan yg terbaik..waniedz redha...sbb waniedz tau..ade hikmah disebalik semua nie...Allah Maha Mengetahui....mmg susah nak cuba lupakan yg waniedz bkn dlm BIDANG PERUBATAN...sikit demi sedikit waniedz cuba....waniedz kuat kan semangat..tak tunjuk dekat semua org yg waniedz sbenar nyer SGT SEDIIIHHH.....!!! tp tak pe...waniedz terima....hmm senang cite mcm nak lupakan someone yg kita dah love laa...dah terpahat kat hati...last2 kene lupakan jugak...sgt2 susah n mane laa boley kite lupakan ape yg kite suka n minat kan...hmm cita2 yg SETIA tu beebbb...mustahilll...!! hmm tp nothing yg mustahil dlm dunia nie...so waniedz cuba ok...dengan nasihat2 mama+ayh n org2 yg waniedz syg...waniedz CUBA...!!!! :-)

ok..waniedz story ckit laa pasal medical nie ckit k..act waniedz nak ambik bhgian MEDICAL LAB TECHNOLOGY (MLT) or farmasi.....hmm tp tak kesampaian pulak..xde rezeki...mungkin waniedz lg mahir kat bidang lain...:-)

Juruteknologi makal perubatan atau Medical Laboratory Technologist adalah salah satu cabang daripada banyak banyak cabang yang terdapat dalam bidang perubatan. First of all, sebelum waniedz bawak korang meneroka lebih jauh ke dalam bidang ni, satu perkara yang korang perlu jelas adalah bidang ini sangat sangat memerlukan minat yang mendalam dalam bidang perubatan/biologi/healthcare secara general dan juga sangat sukakan kajian.

 Bidang kerja MLT pula adalah kajian penyakit dan bekerja di unit Patologi hospital. Secara generalnya, seorang MLT perlu memiliki pengetahuan yang mencukupi disamping hands-on skill untuk mengurus/menjalankan ujikaji spesimen pesakit  dan semua kerja-kerja berkaitan yang terdapat dalam makmal-makmal hospital. Antara bidang-bidang yang perlu dikuasai oleh seorang MLT adalah haematology, transfusi darah, mikrobiologi(kaji kuman), parasitologi, kimia hayat, histocytopathology dan lain lain. Secara generalnya, bidang MLT ni luas dan ia sangat brkait rapat dengan bidang kajian penyakit dan isu sekitarnya. MLT adalah orang yang bertanggungjawab untuk memastikan hasil diagnosis/ kajian makmal tepat bagi memastikan keputusan doktor atau rawatan susulan  yang akan dijalani pesakit adalah tepat kerana doktor sangat sangat bergantung kepada hasil keputusan kajian makmal yang dikeluarkan oleh MLT.

Bidang MLT adalah bidang yg luas insyaAllah kerana ia tidak setakat terhenti di dalam makmal makmal hospital sahaja, tetapi jika bijak menggunakan peluang dan ruang, bidang ini sangat baik untuk dikembangkan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Dengannya, kita boleh menghasilkan lebih banyak kajian dan lebih dalam ilmu perubatan dapat digali....hmm macam tulaah sikit ttg MLT nie..seronok kan?? hmm SGT2 seronok...waniedz sukaaa....!!!! tapi...............hmmm......tak mahu laa ckp....nnt TERkeluar pulak airmata yg mudah mengalir kat pipi nie.....:(
                                                                                                                                 
 
 
hmm now kite story about bidang sc computer nie.....

Sains komputer (computer science) secara umumnya adalah pengkajian perhitungan (computation) dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian.Seseorang yang pakar dalam bidang perkomputeran dipanggil Saintis Komputer. Ini adalah kerana sains komputer merupakan salah satu cabang daripada aliran sains. Skop sains komputer masih tidak dapat dipisahkan dengan jelas memandangkan bidang ini meliputi aspek yang amat luas dalam kehidupan manusia dan skopnya akan terus berkembang selari dengan perkembangan kemajuan teknologi. Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu telefon bimbit lebih dikaitkan dengan bidang kejuruteraan, akan tetapi apabila teknologi telefon bimbit semakin berkembang, terdapat banyak teknologi daripada aliran sains komputer diserapkan ke dalam alatan ini. Kemajuan robotik semakin menyerapkan elemen-elemen sains komputer seperti kepintaran buatan untuk menjadikan sesebuah robot lebih bijak.Bidang ini mendapat penawaran meluas di dalam universiti dalam dan luar negara memandangkan ia merupakan bidang yang menarik perhatian serta tempat yang meluas dalam industri. Antara perkara penting dalam sains komputer adalah Bahasa Pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan adalah bahasa yang boleh digunakan untuk menulis perisian komputer.

KERJAYA DALAM BIDANG SAINS KOMPUTER...  

5 Kerjaya Pilihan Dalam Bidang Sains Komputer[1] :

1. Pengaturcara
Jawatan pengaturcara terdiri dari beberapa istilah contohnya Software Developer, Java Developer, .Net Expertise, Web Developer, Multimedia Programmer, Software Engineer (Electronic) dan sebagainya. Bakal pemohon jawatan tersebut perlulah mempunyai kemahiran satu atau dua bahasa aturcara. Anda tidak perlu mahir semua bahasa aturcara dan pemikiran logik serta algoritma perlu tinggi untuk melepasi kelayakan dalam temuduga terutamanya syarikat swasta dan multinasional.

2. IT Eksekutif
Jawatan ini sesuai kepada lepasan graduan yang mahir dalam merekabentuk dan menganalisis sesebuah pembangunan sistem. Kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan amat penting kepada seorang bakal IT Eksekutif. Penampilan yang menarik dan mahir bahasa asing (bahasa Inggeris, Mandarin atau Jepun) merupakan bonus dan mempunyai peluang cerah dalam bidang kerjaya tersebut.

3. Jurutera Rangkaian
Lepasan graduan pengkhususan rangkaian adalah digalakkan memohon jawatan ini. Sijil kemahiran dari badan profesional seperti CCNA certificate, Linux Red Hat certificate, dan sebagainya amat diperlukan bagi mendapat tempat di syarikat multinasional (Petronas, Shell, PNB, Sime Darby dan Proton Holdings). Memasang rangkaian, router, switch, kabel dan sebagainya pada sesebuah kawasan serta konfigurasi server di sesebuah syarikat adalah antara kerjaya sebagai jurutera rangkaian.

4. Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi
Graduan lulusan grafik dan multimedia perlulah mempunyai pemikiran kreatif dan kritis dalam merekabentuk grafik atau animasi. Sejak kebelakagan ini, industri animasi tempatan (Les Copaque – Ipin Upin atau MDC – Saladin.tv) semakin berkembang dan amat memerlukan graduan animasi, grafik dan multimedia. Mahir penggunaan perisian grafik (Adobe CS suite, Flash, MAYA, LightWave 3D dan sebagainya) dan mempunyai imaginasi yang tinggi melayakkan anda mendapat jawatan ini.

5. Pegawai Teknologi Maklumat
Jawatan popular dalam kerajaan bagi graduan lepasan sains komputer dan IT . Anda perlu memohon jawatan tersebut dari laman sesawang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Memerlukan kemahiran berkomunikasi, menganalisis, bijak membuat keputusan dan bertindak dengan efisyen. Mengetahui asas-asas pengaturcaraan, rangkaian dan sistem maklumat.

hmm..banyak kn?? hmm waniedz kuatkan hati terima nie dengan ikhlas..insyaAllah :-)
     
       YA ALLAH..KAU KUAT KAN HAMBA MU INI MENEMPUH DUGAAN MU..SESUNGGUH          NYA..ENGKAU MENGUJI SETIAP INSAN ITU DENGAN TAHAP KEMAMPUAN NYA SENDIRI....AMIIIINNNN YA RABB...:') 

cam tu laahh story yg waniedz nak share dgn korang...hmm hope korang bg support n positive advises dekat waniedz...waniedz tahu waniedz boley...WANIEDZZ BOLEEYY..!!! WANIEDZ KUAATT...!!! hmm biizinillah :')

 

Tuesday, May 10, 2011

happy mother's day to PN.NOR ADZAH ARBAAI...love u mama...!!!



AKU MASIH INGAT MAMA..

Aku masih ingat
dan akan terus ingat
sehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita

aku masih ingat
dulu engkau banyak menangis


aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban

aku masih ingat
dulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak solehah
dulu engkau merumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna


aku masih ingat….
aku masih ingat….
tak kan mudah aku lupa
karena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnya
di laut budimu

mama……..!!!!

aku masih ingat
mengucapkan terima kasih
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayat
aku masih ingat
segala yang murni itu…


terima kasih mama..

h A t i yAng ........ ???


Hati yang menggerakkan aku untuk menulis…

Hati  juga yg meneman aku sewaktu aku kehilangan kamu…

Hati ade semasa aku syok ketawa…

Hati ade bila aku sedey…

Hati…hati…

i loVe you (hati)





MY HEART
 

HATI ALWAYZ WITH ME....(^-^)

Friday, May 6, 2011

aisheteru :)


KIMITA TOUKU KITEMO...
(MESKIPUN KAMU JAUH)
KIMINOI SHUAGA SINAGARU TALA...
(AKU TETAP MENGINGATIMU SELALU)
SHINITERUYO...
(PERCAYALAH)
SHINITERUYO...
(PERCAYALAH)

AISHETERU (^_^)