Powered By Blogger

Wednesday, February 8, 2012

kElebihAn wAnita BerbAndiNg lElaki :')

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah S.A.W., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W, "Ibunya".


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi S.A.W) di dalam syurga.


18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19. Daripada Aisyah R.A. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
 
 

bErsangka bAik lah kamu...

salam alaik..
 dah 2 bulan aku tak updates blog nie...bizy ngn study+midterm exam...now tgh cuti sminggu..so aku cube updates yg seboleh yg mungkin..insyaAllah :-)

bErsAngka bAik... tu lah yg sepatutnya kita fikir atau nampak atau dengar atau jumpa atau apa2 sahaja yg berlaku dekat kita..yEs...!!! mmg waniedz akan terus bersangka baik dkt semua org...tak ada yg sEmpUrna dalam dunia nie melainkn Allah swt...

Tajuk nie simple je tapi susah untuk diamalkan..betul tak? Bersangka baikla!
Berikut adalah tips yang disarankan Syeikh Abdul Kadir Al-jailani untuk sentiase bersangka baik sesame insan:

 1-jika engkau bertemu dengan seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu.ucapkanlah dalam hatimu: “mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih mulia”.

2-jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “anak ini belum bermaksiat kepada Allah,sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku.”

3-jika bertemu orang tua,maka ucapkanlah (dalam hatimu):”dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku,tentu dia lebih baik daripadaku.”

4-jika bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh,mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku.”

5-jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu):”orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu),sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Aku tidak tahu agaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripdaku.”

6-jika bertemu dengan orang kafir,maka katakanlah(dalam hatimu):”aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak, mungkin pada akhir usia dia memeluk islam dan beramal soleh,dan mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk..”



 Wahai sahabtku,seperjuanganku dalam meniti jalan daie ini..Demikianlah antara ajaran yang dititpkan oleh seorang ulama yang masyhur yang juga disebutkan sebagai penghulu segala wali. Beliau mengajar diri kita agar cuba memujuk diri sendiri dengan kalam-kalam yang baik..

wAniedz berharap..setiap perkara yang kite cuba lakukan,letakkan nafas bersangka baik dalam rohanimu..jadikan ia satu ibadah yang memberi suatu nikmat yang besar dalam jiwamu untuk membawa kesyurgA yang abadi..Barakallah..