Powered By Blogger

Tuesday, December 13, 2011

♥ Aku MENCINTAIMU kerana ♥


.•RUPA - Kau Sentiasa BERWUDHU' & Berpaling Dari KEMUNGKARAN.

.•
MATA - Kau Sentiasa MENUNDUK & Hanya LIHAT Keagungan Ciptaan-Nya.

.•
MULUT - Kau Sentiasa DIAM TERSENYUM& Bicara Mu Tentang Yang MAKRUF

.•
TELINGA- Kau Setia MENDENGAR & PEKAK Bila Mendengar Keburukan Seseorang.

.•
TANGAN - Kau Sentiasa MENADAH TANGAN Mendoakan Kebahagian Insan Tercinta.

.•
KAKI - Kau Sentiasa BERJALAN Ke Arah Keredhaan ALLAH Mencari Kebaikan.

.•
• BADAN- Kau MENUTUP Segalanya & Hanya Pada ALLAH Kau Minta Pertolongan.

.•
HATI- Kau LUHUR Peribadi & Ikhlas Mencari CINTA Di Dalam Redha-Nya.

.•
Ana UHIBBUKA FILLAH Ku PILIH kamu BUKAN SEKDAR CINTA, namun KU PILIH kamu kerana AGAMA.. BIAR enta TIDAK KACAK, namun PUNYA ILMU AGAMA yang CUKUP untuk MENCANTIKKAN ANA dan KELUARGA yang akan datang..insyaALLAH ♥ ;)

.•
•Aku tidak mencari seorang lelaki untuk dijadikan kekasih, tetapi aku mencari seorang TEMAN pendamping hidupku hingga ke akhir hayatku.... Seorang yang boleh MENGINGATKAN aku kiranya aku terlupa, dan yang paling penting lelaki yang akan menjadi IMAMKU disetiap solatku....

.•
HasbunAllah Wani' mal waqil Semoga Yang Hadir Itu Menguatkan Kasih ku Dengan Illahi iaitu Pemilik Seluruh Hati Ini...

Tuesday, December 6, 2011

wAnita umPama pOhon sEmalu

Pada suatu hari, Rasulullah saw berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek :-

Pertama : Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua : Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga : Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat : Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


Malu itu separuh daripada iman..