Powered By Blogger

Wednesday, September 14, 2011

akU mAlUuu..............ALLAH....(T_T)

Aku malu dengan tasbihnya langit luas...
Aku malu dengan zikirnya laut...
Aku malu dengan ketaatan fajar...
Kerna tasbihku, zikirku, dan ketaatanku pada Allah...
Hanya setitik air yang penuh dosa...
Hinanya aku...
Allah ! (T_T)
 
 

Monday, September 12, 2011

pertemuan sebuah ukhuwah...(^_^)


Salam readers,

Waniedz nak cer cite kat korang mase waniedz fst kat Cybernetics College under UPM nie..hurmm fst time waniedz jejak kaki kat cinie mmg excited and so happy laa..huhu best kot dpt masuk kolej..walaupun tak masuk u..tp tak pe…insyaAllah mase degree nnt insyaAllah kaki ini akan menjejak kn kaki yg dua nie..(hahaha ape yg waniedz merepek tu…) kat Universiti Putra Malaysia…

Sebenarnyer waniedz nak cite  about  “PERTEMUAN SEBUAH UKHWAH” yg waniedz rase sgt2 sweet..hurmm..Alhamdulillah ya ALLAH..engkau pertemukan aku dengan DIA…Dia yg  ku gelar sebagai  UKHTI ANAZAYS(bukan nama sebenar)…seorang yg lembut pada setiap bicara..selalu buat adik tersenyum..pandangan mata  yg hazel…pnuh dgn kesabaran melayan karenah adik…setia mendengar bebelan adik mu ini..hanya org yg sabar jer ukhti…hurmmm maaf andai hati mu pernah terguris dgn diri ini..Permulaan perkenalan bermula apabila tgn  gataii ADD FRENZ kat laman social FACEBOOK…adik  yg ADD akak..mase tu name akak N*FIZ H*NA..alhamdulillah akk approve..adik  ingt lg mase tu adik tnya akak ttg seorang sahabat yg bernama Mu*lim*h mukm*n*h muj*hid*h..then akak reply chat fb tu “bersahabatlah dgn nya”..stat tu lah adik mntak no phone akak untuk berkongsi ILMU ALLAH yg luas nie..then  terbinalah IKATAN UKHWAH…kalau ade ape2 probz or yg adik nak tanye kat akak..akak akan jadi pendengar yg setia…mase tu adik tgh melawan sakit..akak lah tmpat adik mngadu kesakitan tu..sampai kn pernah suatu hari akak mendengar luahan airmata yg jatuh kat pp nie…(menangis laahh…hehe)..pas2 akak ingt tak kite pernah main teka teki yg pasal akak study kat mane tuu..hehe…akak suruh kite cari sendiri..akak bg klu yg akak study kat Maluri n klu ke2 nyer Dunia Cyber..hehe….Allah~~ soronok nyerr kak…(^_^)  terima kasih akak..akak baik sgt….
Then,ukhwah kite makin lame makin renggang...sbb akak busy ngn kelas+kuiz+tutorial…so adik paham laa sekarang..mmg busy..makin hari…makin jauh…n jauh…xpee…adik faham kak…akak perlukan sedikit ruang untuk focus kat your life :’)  adik paham tuu..huhu..hurmm lame akak menyepi..kdg2 muncul..pas2 senyap balik…sampai lah satu hari nie..kite rapat balik..mse 2 akak tgh cuti sem..so xlah busy kn…adik pown gtau laa yg adik dapat masuk Cybernetics College ..then akak cakap “kalau nak masuk kolej nie kene kuat iman” hurmm…insyaAllah akak..now adik dah tahu dah…nape akak suruh adik jage iman adik bile masuk kolej nie…tq akak dgn pesanan yg adik akan ingat sampai bile2 tuu…insyaAllah J first time kite jmpe mase kat medan selera depan kolej pukul 9.30pg lebih kot..tak pasti..mase hari selasa bersamaan dgn 19 julai 2011..akak ingt kn..?? huhu akak baru balik dari bank..mase 2 akak pkai jubah purple n akak dtg ngn 3lg kwn akak..perasaan kite waktu first time jumpe akak…Allah jer yg tahu..~Allahuakbar~~ berdebar kak…hehe :-p tp seronok laa..sbb akak lah org pertama yg adik tak kenal..then kenal dlm fb..then jumpe..huu..sgguh cantik kn jalan Allah pertemukan kite…hehe…so,hari demi hari ukhuwah kite makin rapat…ketawa akak..hehee…usik kn akak..jentik tangan  akak…pesanan akak suruh adik makan+makan ubat..sume adik  ingat…akak buat adik rase ade org melindungi  dan rase selamat bile tggl kat kota KL yang penuh dgn cabaran …akak yang jage adik kat cinie…so adik tak keseorangan…
   ~tapi angin yg mendatang…bagaikan badai yang melanda…~~ macam lagu devotees..hmm tibe2  jer kite senyap tanpa kata…hurmmm (T_T) last kite jmpe mase kat SL..b4 raye..hmm kire  lame jugak tak jmpe akak..hmm akak senyap jer…bg msg pun tak reply..adik call akak tak angkat…mengertilah adik yg akak busy study :’) hurmm akak….nape kite cam nie?? Adik tak nak kak….adik tak nak kite cam niee…nak2 pulak now adik slalu n cepat jerr rase sedih…cepat jer nak cengeng kalau org zaman nie ckp laa…or erti kate lain..MENANGIS…(T_T) tetibe tgk screen lappy nie bluurr pulak…huhuUuu….ada airmata yg bertakung kat kelopak mate nie kak….hati ini kuat bile teringat kn kate2 akak…”akak ada ngn adik”….”akak hilang dari pandangan dunia…tapi tak hilang dari pandangan adik”… huuu…adik kuat bile teringat kata2 tu…tUup..!!! tanpe adik sedari my tears was drop kat pp…(T_T)…dimana kamu ukhti…??? Mate ini mencari wajahmu…setiap kali kaki ini melangkah untuk menuntut ilmu..(pergi kolej)…setiap kali itulah mate adik akan mencari kamu ukhti…(T_T) adik tidak putus2 doa supaya kita dpt berjumpe kembali….dalam solat hajat dan doa ku menyebut nama mu ukhti….sehinggakan satu hari..adik tidak tahan dgn dugaan ini..adik cuba bertahan…tapi apakan daya..adik hanya manusia biasa yang kurang dan tambah nya Iman..malam 11/9/2011 pd pukul 11.30 mlm..sedang kusyuk adik mendengar lagu kat lappy..ttbe mata yg sekian lame adik tahan supaya airmata itu bergenang sahaja akhir nya tewas dan mengalir lah ia…(T_T) nak2 pulak mase tu tgh berkumandang lagu PASRAH SEGALANYA-dEHEARTY…Allahuakbar ukhti~~~ adik menangis….!!! (T_T) adik menangis dibahu sahabatku dan aku menangis sekali lagi di ats anak tangga…hanya hati ini dan Pemilik Hati yang mengerti  disaat itu ukhti….adik perlu kamu ukhti...Adik mendirikan solat dan dengan rendah diri adik berdoa kepada Yang Maha Mendengar

“..Bismillahirahmanirahim…ya Allah..Kau ampunkan dosa aku…Kau kuatkan hati ini menempuh dugaan dan cabaran di dunia…jika dengan menangis ini dapat membantu meringankan beban yang sedang aku tanggung..maka Engkau terimalah keadaanku ini dengan memberikan keringanan kepadaku…Sesungguhnya Engkau Maha Adil kepada setiap hambaMu..amiiin ya rabb..”

Ukhti…..adik menangis bukan kerana kamu….tetapi adik menangis kerana takut kehilangan seorang kakak a.k.a sahabat macam kamu….adik bersyukur kpd Yang Maha Esa pertemukan kite…banyak yg adik belajar apabila bersahabat dgn kamu….thankz ukhti…:’) semoga Allah memberkati kamu..amiinn…
Ya ukhti…hayati setiap baris ayat ini….special 4 u dear ukhti..agar kamu mengerti apa yg ada didalam hati ini….

Pasrah Segalanya....(T_T)

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati


Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci...

 ukhti...semoga ukhuwah ini kekal selamanya..insyaAllah..

Thursday, September 8, 2011

keajaiban AIR MATA

salam readers..

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:
· Menangis kerana terlalu sedih.
· Menangis kerana terasa hina dan lemah
· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
· Menangis orang munafik - pura-pura menangis
· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
· Menangis kerana rasa takut
· Menangis kerana cinta
· Menangis kerana gembira
· Menangis kerana menghadapi penderitaan.

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.
Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut:
· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Dari itu...?
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.
Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

mata ini mencari wajah nyer (T_T)


Ya uKhti syAzana aHmad…
  
Aku merindui kamu..
Aku juga inginkan kata-kata semangat dari kamu..
Aku ingin ketawa dan selalu tersenyum bersama kamu..
Aku rindukan bisikan kekuatan dari kamu..

Dimana dirimu wahai ukhti..???

Salah kah aku wahai ukhti…?
Aku diam kerana lidah ini tidak pandai mengalas kata-kata..
Maaf kan diri ini wahai ukhti…
Aku ingin kamu tahu bahawa…

mAta iNi mEncAri wAjAh mU  (T_T)

                                                                                                                                                                    ikhlas dari,
 -muSlimAh_iNdie-

Friday, September 2, 2011

salam MeRdEkA RaYa....(^_^)

salam readers....


first of all waniedz ingin mengucapkan...

                      sElAmAt HaRi RaYa....!!!
                           dan
           sElAmAt HaRi MeRdEkA....!!!

 kepada semua pembaca blog waniedz ney ok..!! huuhuu :-) selamat hari raye maaf zahir dan batin...maafkan semua kesalahan yg pernah atau tidak sengaja yg pernah waniedz lakukan...:-))
dan happy merdeka for 54 years...:-) waniedz bersyukur dan bangga jd warga malaysia..
malaysia yg mempunyai pelbagai kaum+agama+bangsa...


                        selamat hari raye....!!! maaf zahir & batin..

                selamat hari merdeka yg ke 54 tahun...!!!