Powered By Blogger

Thursday, October 21, 2010

spm 2010..bitaufik wannajah..;)

sijil pelajaran malaysia . best of luck,insyaAllah <3

Bagi yang studi penat lelah kemudian berjaya dengan jayanya.
Pada hari mengambil keputusan, yang paling kuat tangisannya adalah mereka yang telah bergadang untuk berjaya. Mereka studi hingga lewat malam, kurang tidur, kurang main, dan mengorbankan banyak kelapangannya untuk studi. Bila berjaya, dia rasa jiwanya sangat lapang dan dirinya seakan terawang ke langit.
Pada orang begini, saya ingin berpesan, segera kembalikan kegembiraan kamu itu kepada Allah SWT. Sesungguhnya, studi penat lelah kamu tidak lain hanyalah usaha. Allah jugalah yang memberikannya. Pantaslah kamu bersyukur, agar nanti Allah menambahkan kejayaan buat kamu di masa hadapan.
Dan sekiranya kamu bersyukur, maka Aku akan tambahkan(nikmatKu)…” Surah Ibrahim ayat 7.
Jangan sesekali kalian kufur dan takbur dengan menyatakan: “Inilah hasil usaha aku. Aku memang berhak ke atas ini”
“Dan sekiranya kamu kufur(tidak bersyukur), sesungguhnya AzabKu amatlah pedih” Surah Ibrahim ayat 7(sambungan ayat tadi).

Bagi yang studi penat lelah, tetapi akhirnya keputusannya tidak cemerlang
Akan wujud juga, manusia-manusia yang telah berkorban pelbagai perkara, berhabis duit ke kelas tuisyen, bergadang studi menghafal formula, tetapi keputusan peperiksaannya tidak cemerlang. Malah mungkin jatuh merudum ke tahap yang dia juga tidak sangka akan begitu keputusannya.
Pada orang sebegini, saya suka mengingatkan bahawa, Allah SWT mengarahkan manusia hanya untuk berusaha. Natijah, keputusan itu adalah kerja Allah SWT. Maka hakikatnya kamu tidak gagal. Bahkan kamu berjaya kerana telah berusaha dengan penuh kesungguhan. Yakinlah bahawa, keputusan kamu yang teruk selepas kamu usaha keras itu, adalah perjalanan yang Allah SWT susunkan untuk kamu menjadi lebih hebat pada masa hadapan. Bukannya untuk kamu kecewa dan jatuh tidak ke mana.
“Dan boleh jadi apa yang kamu tidak sukai itu baik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu buruk buat kamu, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan kamu langsung tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah ayat 216.
Jangan sangka buruk dengan Allah. Luruskan tubuhmu, bergeraklah menerobos kehidupan penuh liku.

Yang tidak studi sungguh-sungguh, tetapi berjaya dengan cemerlang
Akan ada juga orang yang terkejut.
“Eh, aku dapat 10A seh. Tak sangka gila. Aku dah la tak studi. Main je banyak. Hu3.. mantap gila aku ni”
Dan ayat-ayat yang lebih kurang terkeluar dari mulutnya. Dia terkejut kerana dia tidak bersungguh-sungguh. Studinya ala kadar. Dia juga tidak hormat gurunya. Dia juga tidak menjalankan amanah Allah. Tidak berdoa, tidak susah-susah qiamullail bersolat hajat. Tetapi dia berjaya.
Pada orang begini, suka saya ingatkan. Jangan sesekali anda rasa ajaib dengan diri anda. Tiada yang istimewanya. Sepatutnya anda berterima kasih kepada Allah yang menyelamatkan anda dari kekecewaan dan malu. Walaupun anda tidak berusaha keras, Allah masih melimpahkan kasih sayangnya dengan mencemerlangkan anda. Jangan rasa ini sesuatu yang hebat. Malah rasailah diri itu dihargai oleh Allah SWT. Jangan biarkan nikmat ini bertukar menjadi istidraj(Allah beri nikmat untuk diri makin lupa dan jauh pada Allah).
Sesungguhnya, kejadian ini adalah teguran indah daripada Allah untuk anda. Dia menyelamatkan anda, dan mengajak anda berfikir bahawa manusia tidak akan selamanya bernasib baik.
Maka kembalikan segala rasa ajaib tadi, kepada Allah SWT.
“Sesungguhnya Allah itu memberikan rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki tanpa berkira-kira(tanpa perlukan sebab dan alasan)” Surah Ali Imran ayat 37.
“Ingatilah Aku, maka Aku akan mengingati kamu. Dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu kufur(tidak bersyukur)” Surah Al-Baqarah ayat 152.
Dan belajarlah untuk berusaha keras. Sesungguhnya anda telah diselamatkan.

Yang tidak studi sungguh, dan keputusannya teruk.
Ada golongan yang akan merasakan penyesalan yang teramat sangat. Dia mula melihat betapa kebodohannya dengan tidak studi selama ini, memberikannya keputusan yang sangat hodoh dan menyesakkan. Dia mula melihat masa hadapannya gelap dan memandang dirinya tidak bermakna.
Kepada orang sebegini, saya hendak berpesan. Inilah dia teguran Allah SWT. Sepatutnya anda menggunakan titik ini sebagai stesen muhasabah. SPM/STAM bukan segala-galanya. Hidup tidak berakhir dengan SPM/STAM. Tanyalah pada diri, apakah kepahitan keputusan teruk ini ingin anda ulangi pada bahagian kehidupan anda di masa hadapan?
Sesungguhnya, Allah masih mengurniakan kamu nyawa, masa, dan kehidupan untuk kamu terus berusaha.
Sepatutnya kamu bersyukur, Allah memberikan pengajaran yang hebat dan besar kepada kamu. Jauhilah putus asa. Kegagalan hanyalah batu loncatan, untuk mereka yang sedar dan memikirkan.
Rasulullah SAW bersabda: “Setiap anak adam melakukan kesalahan, tetapi sebaik-baik pelaku kesalahan adalah mereka yang sering bertaubat” Hadith riwayat Tirmidzi no 2499.
“Sesungguhnya Allah itu amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.
“Sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang ada dalam diri mereka” Surah Ar-Ra’d ayat 11.
Maka, apa yang anda tunggu dalam kekecewaan?
Keluarlah dari selaput kehinaan. Ubah diri. Belajar dari kegagalan.


“Serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.”

Kita hakikatnya mengejar kejayaan yang sebenar. Selamat berjaya!

Allah SWT berfirman:
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” Surah Ali Imran ayat 185.

Ya… itulah dia kejayaan.
Semoga, kita semua berjaya. Di dunia dan di akhirat.
Saya doakan yang terbaik untuk kalian buat spm nnti.
semoga segala ilmu yg ditimba selama 12 tahun diberkati...
dan semoga semua keputusan diterima dengan baik.
segala keputusan adalah yang terbaik daripada Allah SWT. (:

sebulan yg tggl sgt2 bharge <3

GUDLUCK FOR ME AND STUDENT FORM 5 2010....;)

No comments:

Post a Comment